Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya.
Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik.
Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset,
meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut
boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu.
Dia
mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal
ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di
Britan. Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah.
“Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya.
“Saya
teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan
kehamilannya. Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya
berkembang.
“Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.
Leila
menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan
imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.
Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan