Ahad, 18 Ogos 2013

kereta sewa kota kinabalu n taxi teksi kota kinabalu 016-8106664 mr jamal: Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayu...

kereta sewa kota kinabalu n taxi teksi kota kinabalu 016-8106664 mr jamal: Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayu...: Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayuh beca penuh dengan kotak gabus kosong di jalan raya dekat barat Nanjing di Shanghai. ...

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com

Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayuh beca penuh dengan kotak gabus kosong di jalan raya dekat barat Nanjing di Shanghai................KERETA SEWA KOTA KINABALU SABAH



Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayuh beca penuh dengan kotak gabus kosong di jalan raya dekat barat Nanjing di Shanghai.
Ketika melalui sepanjang jalan raya yang sibuk, dia melewati pengguna jalan raya lain yang kelihatan bingung menyaksikan lagaknya. 
Beca dikayuhnya dipenuhi lebih 100 kotak gabus yang diikat kemas agar tidak jatuh.

Dengan kotak berkenaan saling bertindihan di belakang wanita itu, ia mungkin dapat menjadi pelindung jika keadaan cuaca berubah buruk.
Foto
WANITA mengayuh beca yang dipenuhi kotak gabus kosong.

Kotak gabus itu digunakan untuk mengisi makanan laut dan sayur-sayuran.

Dengan ekonomi China kian berkembang pesat, pemandangan seperti ini adalah perkara biasa di negara itu.
KERETA SEWA KOTA KINABALU SABAH

Rabu, 24 April 2013

Budak perempuan ketagih iPad



LONDON 22 April - Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan
psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.
Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil.
Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya.
Menurut beliau, kanak-kanak di tenggara England yang tidak didedahkan identitinya itu, ketagih permainan tersebut sejak berumur tiga tahun.
Sehubungan itu, Dr. Graham menyarankan ibu bapa kanak-kanak itu supaya segera merawat anak mereka, kerana seandainya menunggu sehingga dia berusia 11 tahun, masalah itu akan menjadi teruk dan kanak-kanak tersebut mungkin memerlukan rawatan jangka panjang.
"Ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak-anak bermain iPad kerana mereka mudah tertarik dengan permainan video dalam gajet itu.
"Apabila kanak-kanak tadi sudah ketagih, mereka akan memberontak dan sikap mereka sukar dikawal sekiranya tidak diberi bermain gajet itu," katanya.
Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang menghabiskan masa selama 36 jam untuk bermain gajet elektronik dan membuka sehingga 20 akaun Facebook.
Satu tinjauan terkini mendedahkan, lebih daripada separuh ibu bapa di England membiarkan anak kecil mereka menggunakan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar, sementara satu daripada tujuh ibu bapa membenarkan mereka menggunakan peralatan tersebut selama empat jam sehari.
Sebanyak 50 peratus ibu bapa mengakui, membelikan anak-anak mereka peralatan digital, manakala sebanyak 81 peratus ibu bapa percaya anak mereka akan leka apabila bermain dengan permainan tersebut dan memudahkan mereka melakukan kerja-kerja lain.
Klinik Dr. Graham mengenakan bayaran sebanyak 16,000 pound (RM74,000) untuk rawatan 'program menyahtoksik peralatan digital' bagi menjauhkan kanak-kanak dengan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar.

Dua pencuri paling bodoh ditahan




LONDON 23 April - Dua orang rakan dari London Selatan digelar pencuri paling bodoh kerana berjaya mencuri lebih 35 buah kereta bernilai 500,000 pound (RM2.33 juta), namun meninggalkan bukti perbuatan jenayah mereka itu dalam telefon bimbit mereka.
Sam Holmes, 22, dan David Leadbeater, 23, dari Eltham, selatan London dilaporkan mencuri kereta-kereta tersebut termasuk jenis BMW dan Audi di Kent dan Surrey dalam tempoh 40 hari.
Walaupun menukar nombor plat kenderaan terbabit untuk mengelak dikesan, kedua-dua pencuri itu mengambil gambar kereta-kereta berkenaan menggunakan telefon bimbit mereka.
Holmes dan Leadbeater turut mengambil gambar duduk dalam sebuah daripada kereta tersebut.
Polis berkata, kedua-dua lelaki tersebut mungkin menganggap diri mereka pencuri hebat, namun mereka meninggalkan banyak bukti.
''Leadbeater ditahan oleh polis ketika memandu sebuah kereta Mini Cooper yang dicuri di Southend, Essex pada Julai lalu.
''Selepas polis memeriksa telefon bimbitnya, mereka menemui sejumlah gambar dia dengan kereta-kereta yang dicuri,'' katanya.
Polis berkata, Holmes ditahan selepas polis menemui gambarnya dalam sebuah kereta Mini Cooper yang dicuri, di telefon bimbitnya.
''Kebanyakan kereta yang mereka curi berjaya ditemui semula selepas penangkapan mereka,'' katanya

Bank bantu jimat kos perkahwinan

Seoul: Bank Korea biasanya akan sibuk menguruskan dasar kewangan dan kadar faedah tetapi mulai bulan depan bank berkenaan akan menjadi tempat perkahwinan berlangsung.

Sebagai penganjur, bank akan meletakkan potret bekas Gabenor Bank Pusat di auditorium tempat perkahwinan dilangsungkan. 
Berikutan itu, kakitangan Bank Korea akan dibenarkan berkahwin dalam bangunan itu pada hujung minggu, lapor memo dalaman awal bulan lalu. 


Petugas Bank Korea akan dibenarkan berkahwin di tempat kerja mereka pada hujung minggu dengan memo dalaman mengesahkannya.

Soal keselamatan

Auditoirum besar itu memang digunakan oleh pekerja sebelum ini tetapi ia tidak digalakkan kerana sebab keselamatan, kata pengurus perhubungan awam dan jabatan pengurusan.

Kami bersetuju membuka semula beg itu kerana kami sudah mengambil langkah keselamatan, katanya yang berkahwin di auditorium itu dan berupaya menempatkan 200 orang. 
Majlis perkahwinan

Bank itu mula membuka pintu majlis perkahwinan pada 1990-an.
Sementara itu, kediaman rasmi Presiden yang digelar Blue House turut membuka satu kawasannya bagi memilih pasangan paling bernasb baik untuk mengadakan majlis perkahwinan di situ.

Kedutaan Perancis kena bom

Tripoli: Ledakan bom kereta menyasarkan kedutaan Perancis di ibu negara Libya, semalam, mencederakan dua pengawal dan seorang remaja, serangan pertama sejak misi diplomatik Amerika Syarikat (AS) diserang di Benghazi, tahun lalu. 

Bahan letupan dalam kereta itu diletupkan di luar bangunan kedutaanm di kawasan mewah al-Andalus awal pagi sebelum kakitangan tiba, kata pegawai keselamatan. 

Sabtu, 9 Mac 2013

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com




GENEVA, Switzerland - Sebuah kereta sport berkuasa tinggi keluaran McLaren, P1 yang mempunyai lebih daripada 903 kuasa kuda (hp) akhirnya diperkenalkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva di sini baru-baru ini.
Kenderaan tersebut mampu memacu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter laju dalam masa kurang tiga saat dengan kelajuan maksimum mencecah 349km/j.
Kuasa tinggi kereta P1 itu dibekalkan dengan enjin pengecas turbo berkembar V8 berkapasiti 3.8 liter yang menjana 757hp manakala sebuah motor elektrik membekalkan kuasa tambahan sebanyak 176hp
Kuasa tambahan itu dijana dengan menekan butang pada stereng kereta tersebut seperti Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) yang terdapat pada kereta lumba Formula 1 (F1).
Selain sistem enjin, keserupaan lain yang dikongsi kereta P1 dengan jentera F1 ialah harganya.
Sebuah kereta sport itu berharga sekitar AS$1.15 juta (RM3.57 juta).
Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat memiliki P1 kerana menurut McLaren, cuma 375 buah kereta tersebut dikeluarkan di seluruh dunia.

71 ada kaitan pengganas ditahan

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com




LAHAD DATU – Sebanyak 71 individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan tali barut kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang mencetuskan pergolakan di Kampung Tanduo sejak Februari lalu ditangkap pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua individu terbabit ditangkap di dua daerah iaitu di Lahad Datu dan Semporna.
Kebanyakan suspek termasuk wanita itu ditangkap di luar kawasan Kampung Tanduo. Difahamkan suspek-suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas itu berketurunan Sulu tetapi menetap di Sabah.
Penangkapan suspek-suspek itu dikatakan dilakukan dalam tempoh Kampung Tanduo dilanda krisis sehingga semalam.
Bagaimanapun, Hamza enggan mengesahkan latar belakang atau butiran lanjut mengenai tangkapan itu.
“Kita memang membuat tangkapan di Lahad Datu dan Semporna. Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan berhubung penglibatan orang-orang yang ditangkap dengan pengganas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat termasuk daripada penduduk kampung mengenai kehadiran dan gelagat individu-individu tertentu di beberapa lokasi di kedua-dua daerah tersebut.



Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com



BAITULMUQADDIS - Ratusan penduduk Palestin bertindak bertempur dengan sejumlah anggota polis di sini semalam, kata polis.
Menurut polis, penduduk itu marah dengan laporan media pada Ahad lalu berhubung tindakan polis Israel menendang dan memijak kitab al-Quran ketika sekumpulan wanita cuba menyekat mereka memasuki Masjid Al-Aqsa.
Penduduk Palestin itu kemudian bertindak menyerang pihak berkuasa dengan membaling batu dan bom petrol di pekarangan masjid tersebut.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, kira-kira 100 orang penunjuk perasaan yang kebanyakan memakai topeng bertindak menyerang polis.
Polis kemudian melepaskan bom gas pemedih mata.
"Bom petrol dibaling ke arah polis dan beberapa pegawai polis cedera akibat terkena batu," katanya.
Rosenfeld berkata, tuduhan tersebut tidak betul dan mendakwa kitab al-Quran itu terjatuh ketika polis cuba mengalihkan sekatan kerusi oleh sekumpulan wanita.


pengarah ajak keranjang

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda di kota kinabalu sabah.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com


“Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks.
“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.

Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.
Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.

“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.

Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.
“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.

Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.
“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya

Ahad, 3 Mac 2013

Pengganas Sultan Sulu tidak sayang nyawa

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com


MANILA - Jurucakap Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa 'tentera diraja' yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.
"Kami telah membuat keputusan bahawa maruah lebih utama daripada nyawa," kata jurucakap berkenaan, Abraham Idjirani di sini semalam.
Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan menolak kenyataan sebaliknya oleh pemerintah Filipina sebelum ini.
Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.
Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga Filipina dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis dengan sekitar 200 anggota kumpulan itu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram....Mengulas mengenai nasib Agbimuddin, Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk menuntut hak ke atas negeri Sabah.
Dalam pada itu, anak perempuan Kiram III, Jacel Kiram semalam turut menggesa saudara lelakinya itu supaya terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
"Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak akan pulang kerana maruah lebih tinggi nilainya daripada nyawa," kata Jacel dalam satu kenyataan semalam.
"Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di Sabah memutuskan untuk mati di Lahad Datu bagi mengejar impian dan aspirasi mereka," tegasnya.
Menurut wanita tersebut, selepas sembilan pengikut lelaki dan seorang wanita dikebumikan, semua 224 anggota kumpulan mereka yang masih tinggal memutuskan untuk menyerahkan nasib kepada takdir. -

Sabtu, 16 Februari 2013

15 tahun tidur dengan mayat

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com


Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur Bersama mayat Kehormat di Royal 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia.
Semalam media melaporkan, Bratislav Stojanovic Same sex liang Lahad dengan abu mayat sebuah KELUARGA yang mati lebih 100 tahun lalu.

Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.
"Saya membuat beberapa Switch Suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya Selesa di situ," katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang Lahad itu menjadi tempat dia menyimpan barangannya. "Ia bukan sehebat Istana, tetapi Ternyata Lohong itu jauh lebih Selesa berbanding tidur di jalanan," katanya. Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah Hutang yang banyak.Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap. Kata Stojanovic, Hidup Bersama mayat tidak Begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak.

"Pada mulanya saya saya takut, tetapi lama-kelamaan saja dilakukan asal maksud di situ laper biasa.

"Kini, Selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan Manusia yang Hidup berbanding dengan orang mati," katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu Keluar dari 'rumah' itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi Peranan yang besar tersebut tiada sesiapa di situ.
Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar rantau berkenaan.

Sementara itu, Stojanovic berkata, orang ramai melayannya dengan baik dan selalu datang membawa Samy Vellu atau Pakaian untuknya. "Kadang-kadang saya terpaksa mencari Samy Vellu dari tong Sampah dan kadang-kadang ia sangat berkhasiat.
"Saya hairan melihat Samy Vellu yang dibuang ke orang ramai," katanya.

Stojanovic berkata, dia juga bersedia Jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua Meter Bentuk itu.

"Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai," katanya. Sementara itu, pihak yang menguruskan tanah perkuburan itu berkata, Stojanovic Boleh tinggal di situ selagi dia tidak mengganggu sesiapa.

Isnin, 11 Februari 2013

Seni perut boyot

 Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya.
Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik.
Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu.

Dia mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan. Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah.
 “Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya.

“Saya teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya. Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang.

“Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.

Leila menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.

Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi.

Jumaat, 8 Februari 2013

ahli sihir mati di bakar

malyani rent a car n tours sdn bhd..menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta sewa,van sewa,lori sewa,bas sewa dan bermacam-macam jenis lagi kenderaan dari pacuan 2 roda hingga pacuan 4 roda.....malyanicarrentalntourssdnbhd@gmail.com


Sydney: Seorang ibu muda yang dituduh mengamalkan sihir dibogel, disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup di depan orang ramai, termasuk kanak-kanak sekolah, di Papua New Guinea.
Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan sampah dan tayar kereta.
Menurut akhbar Post Courier, dia dibakar penduduk kampung yang menuduhnya membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan mengguna sihir.

Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung yang ramai itu.
 Kereta bomba yang datang selepas menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di bandar Mount Hagen, juga diusir.
Menurut laporan akhbar berkenaan yang turut menyiarkan imej mayat wanita itu terbakar, dia mengaku membunuh kanak-kanak berkenaan yang mati selepas dimasukkan ke hospital kerana sakit perut dan dada, Selasa lalu.


Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang bertanggung-jawab.

Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca sakit, kemalangan atau kematian.

Polis berkata, puluhan penduduk ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan mereka dijadikan sup.

Kes sihir dan kanibal di negara itu agak meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011 mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir